Kampung Widu masih kaya dengan khazanah alam semulajadi yang belum diterokai. Sepanjang perjalanan, kita akan dapat menyaksikan pemandangan hutan yang menghijau menyegarkan mata memandang. Sebaik sahaja memasuki kawasan Kampung Widu, terbentang luas saujana mata memandang pemandangan yang merentasi bukit- bukau sehinggalah ke kawasan pantai sungai yang terletak di sebelah bawah kampung ini. Pemandangan yang sangat mendamaikan dengan tiupan angin yang sejuk menggantikan kepenatan sepanjang perjalanan. Para penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian sara diri untuk menampung kehidupan masing-masing.
No comments:
Post a Comment