Wednesday, October 27, 2010

TARIKAN PELANCONG

Kampung Widu masih kaya dengan khazanah alam semulajadi yang belum diterokai. Sepanjang perjalanan, kita akan dapat menyaksikan pemandangan hutan yang menghijau menyegarkan mata memandang. Sebaik sahaja memasuki kawasan Kampung Widu, terbentang luas saujana mata memandang pemandangan yang merentasi bukit- bukau sehinggalah ke kawasan pantai sungai yang terletak di sebelah bawah kampung ini. Pemandangan yang sangat mendamaikan dengan tiupan angin yang sejuk menggantikan kepenatan sepanjang perjalanan. Para penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian sara diri untuk menampung kehidupan masing-masing.

PELANGGAN SASARAN WIDU ADVENTURE

Projek yang akan dijalankan ini akan mensasarkan beberapa kategori pelancong mengikut tujuan masing-masing.
Sasaran pertama adalah para penggemar sukan lasak. Terdapat banyak kawasan di sekitar Kampung Widu ini yang terdiri daripada batu besar dan tebing tinggi yang sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan aktiviti rock climbing dan abseling. Kawasan sekitar yang masih tebal dengan suasana hutan dan tujuh buah gua yang menyediakan peluang kepada mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti mengembara hutan dan berkhemah. Para penggemar hutan akan dapat menyaksikan pelbagai jenis flora dan fauna yang tidak ada di kawasan lain seperti nepenthes (periuk kera) dan juga berpeluang melihat gua. Gua yang terdapat di kawasan ini menjadi tempat perlindungan burung layang-layang dan orang kampung berpeluang mendapatkan sumber pendapatan daripada sarang burung layang-layang yang dijual. Sarang tersebut digunakan untuk tujuan ubat-ubatan.
Sasaran kedua ialah pencinta alam. Bagi mereka yang sudah bertahun-tahun hidup di kota yang penuh dengan kesibukan pasti akan mencari satu masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang mahu melarikan diri daripada kesibukan kota, permasalahan atau kehidupan biasa. Kebiasaannya para pencinta alam akan mencari tempat-tempat seperti ini untuk mencapai kepuasan mereka kerana tempat seperti ini lebih dekat dengan alam, kesegaran yang belum  terusik serta flora dan fauna yang tidak ada di tempat mereka.
Sasaran ketiga ialah para penyelidik flora dan fauna. Tempat ini semestinya menjadi pilihan bagi penyelidik flora dan fauna ataupun saintis kerana masih kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang belum terganggu dan terusik. Kampung ini menyediakan kawasan yang luas bagi sasaran ini untuk menjalankan projek penyelidikan mereka.
Sasaran seterusnya ialah ahli geologi. Kawasan ini sesuai bagi ahli-ahli geologi untuk menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan batu batan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis dan bentuk batu di kawasan sungai dan air terjun yang boleh dijadikan sebagai bahan kajian.
Sasaran yang kelima adalah para pencinta sejarah atau ahli sejarah. Kajian tentang populasi penduduk dahulu boleh dijalankan di kawasan ini kerana masyarakat di sini terdiri daripada penduduk asli yang masih mengamalkan corak hidup lama selain daripada reka bentuk rumah yang diperbuat daripada bambu, berlantaikan bambu dengan tiang yang tinggi. Aktiviti pertanian yang menjadi sumber utama pendapatan dan sara hidup masyarakat di kawasan ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aspek yang boleh dikaji. Sejarah penduduk yang mempercayai Gantung Sorili iaitu sebuah tempayan yang besar sebagai satu kepercayaan apabila terdapat orang yang meninggal di kampung itu, roh orang tersebut dipercayai akan masuk dan mendiami tempayan tersebut.

PENGANGKUTAN KE WIDU ADVENTURE

Untuk sampai ke tempat ini boleh menggunakan pengangkutan sendiri. Walaubagaimanapun penggunaan kenderaan pacuan empat roda adalah lebih baik kerana jalan raya menuju ke destinasi ini masih belum diturap dan risiko kerosakan adalah tinggi bagi kenderaan bersaiz kecil seperti proton kelisa, perodua kancil, proton saga dan sebagainya. Untuk lebih selamat penggunaan kereta yang lasak dan kuat sesuai digunakan seperti D-Max dan 4x4.

SAIZ KAWASAN WIDU YANG DIBANGUNKAN

Luas keseluruhan kawasan adalah 1200 ekar. Kawasan ini masih berada di bawah kawalan Jabatan Perhutanan Daerah Tambunan. Saiz kawasan yang akan dibangunkan adalah 40 ekar. Luas tersebut merangkumi kawasan Kampung Widu tersebut dan kawasan sekitar yang akan dibangunkan.
Keluasan trek untuk laluan 4x4 adalah 5 ekar. Tinggi rock climbing adalah 40 kaki, luas pantai untuk aktiviti perkhemahan adalah 4 kilometer panjang dan 150 meter lebar.

Pakej Widu Adventure











Monday, October 25, 2010

Lokasi Widu Adventure

Widu Adventure terletak di Daerah Tambunan Sabah yang mana Tambunan berada di bahagian Pendalaman Sabah.80km dari kota kinabalu(ibu Negeri) di sebelah barat 48km, dari Ranau di sebelah utara ,dan 48km dari keningau di selatan . Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018)yang agung menjadi satu pemandangan yang indah di bahagian utara..
                                           Peta Tambunan,Sabah yang diambil melalui satelite

Monday, October 4, 2010

Widu Advanture Team

PENGARAH
Frediana Binti Kamilis

SETIAUSAHA
Rosjita Binti Ganni

BENDAHARI
Juhini Simon

TEKNIKAL
Anuar Sahat

PUBLISITI
Ngaina Liapun